Tuesday, 17 March 2015

MALAYU !!


Aku rasa setiap orang Malaysia mesti pernah dengar nama lembah bujang dpd buku sejarah sekolah dulu. Time kat sekolah dulu, sepatah haram nak ambik tahu pasal lembah bujang.

Tapi rupanya, lembah bujang ialah salah satu tapak arkeologi di kedah yang sangat penting. Kerana apa?

Bidang arkeologi sangat penting sebenarnya dalam kita mengkaji asal usul kita. Kerana selain sumber catatan, sumber lisan, sumber bergambar, arkeologi merupakan sumber sejarah yang boleh kita lihat dgn mata kepala kita sendiri.

Di lembah bujang, terjumpalah oleh ahli2 arkeologi dgn artifak2, patung2, arca2, batu bersurat, dan lebih hebat, monumen2 batu termasuk runtuhan2 candi dan tempat2 penggalian besi. 

Kajian menunjukkan kebanyakan jumpaan2 tersebut bertarikh sekitar tahun 110 selepas masihi, ini membuktikan terdapat sebuah tamadun pada abad 1 atau 2, malah bukti terdapat perdagangan di tempat itu, dan juga bukti agama setempat di tempat itu, iaitu agama melayu kuno; hindu buddha. Selain itu candi yang dijumpai merupakan candi tertua di asia tenggara pernah dijumpai.

Lebih menggemparkan, antara 50 candi2 yang dijumpai ini terdapat candi2 yang dipercayai melalui kajian sains, telah berusia lebih 2000 tahun. Bermaksud candi itu telah dibina sebelum pembukaan kedah/langkasuka lagi!

Apakah maknanya ini saudara2 sekalian? Kenapa di dalam buku sejarah sekolah tidak menyatakan logik yang akan aku terangkan sebentar lagi. Kenapa mesti disimpan perkara ini dari pengetahuan cucu cicit melayu ini? 

Pertama sekali, jelas membuktikan orang2 melayu seawal abad pertama sudah mempunyai binaan2 dpd batu. Membuktikan antara kehebatan senibina kedah dan langkasuka. Persoalan yang timbul, masakan empayar kesultanan melayu melaka 1000 tahun kemudian hanya kawasan kampung2 tepi laut sahaja?
(Binaan batu penduduk asal semenanjung seawal abad pertama)
(1000 tahun kemudian di melaka. Hanya binaan kayu dan kampung?)

Yang kedua, candi yang bertarikh sebelum masihi, membawa maksud sebelum kerajaan langkasuka dan kedatangan merong mahawangsa, penduduk2 tempatan juga sudah maju, bukannya seperti konon2nya orang primitif spt yang kita bayangkan sebelum ini.

(Bukti arkeologi jelas membidas gambaran penduduk setempat semenanjung emas masih lagi primitif seperti ini pada abad pertama)


Yang ketiga, sekiranya candi yang tertua berada di sini, bukankah ada kemungkinan kebanyakkan tamadun2 dan kebudayaan lain juga berpunca dari sini? Itu termasuklah juga kebudayaan hindu buddha yang terdapat di indonesia, thailand, myanmar, kemboja, vietnam, laos, dan filipina? Sekaligus membidas kenyataan org indonesia yang selalu mengatakan orang melyu berasal dari indonesia, bukti menunjukkan sebaliknya.

(Model mini binaan semula candi di lembah bujang, candi yang tertua di asia tenggara, kalau ia yang tertua, sudah tentulah candi2 yang lain mendapat pengaruhnya di sini)

(Candi borobudur di indonesia, Malingdonesia!)
(Angkor wat di kemboja)
(Po Nagar di vietnam)
(Wat arun di thailand)

Mengaitkan Langkasuka, Kedah, dan Patani



Antara penyebab kenapa aku suka merujuk kepada hikayat merong mahawangsa (buku), kerana ia ada memberikan satu garis masa mengikut generasi rajanya. Namun begitu, ada beberapa persoalan yang timbul yang menyukarkan kita untuk mencantumkan puzzle sejarah melayu ini, kita akan bincangkan satu persatu.

Kalau dari filem merong mahawangsa, kita tahu raja merong mahawangsa menamakan negerinya langkasuka. Namun di dalam hikayat merong mahawangsa (buku), secara asasnya menceritakan bagaimana pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa. Yang mana satu agaknya yang betul.

Catatan china dri dinasti liang ada mengatakan tentang langkasuka yang dibina seawal abad pertama seperti yang telah dibincangkan pada 2 tajuk sebelumnya. Namun catatan pada puisi tamil yg ditulis seawal abad kedua ada merujuk kepada kadaram; nama kedah mengikut sebutan orang tamil pada waktu itu. Menurut satu sumber yang lain pula, kerajaan kedah diasaskan oleh Maharaja Derbar Raja dari Gemeron pada tahun 630 (kurun ke 7?). Pulak dah. Mana pulak datang gemeron ni?

Jadi, bilakah sebenarnya nama kedah dan langkasuka ini benar2 muncul. Susahkan nak mencantumkan puzzle sejarah ni, apatah lagi bila sumber2 dari kerajaan itu sendiri tiada, hanya ada catatan2 luar.

Namun pada aku, kalau perkara ini terlampau rumit untuk dicantumkan, cukuplah kita ambil mengikut pemahaman kita selagi tidak lari dpd bukti2 yang ada, sehinggalah bukti yang baru dijumpai yang lebih benar, tak kurang juga yang membidas bukti sebelum ini.

Jadi sebab itu aku katakan tadi aku suka merujuk kepada hikayat merong mahawangsa (buku) kerana ada susunan raja yang boleh dijadikan kayu ukur garis masa. Seperti tajuk sebelumnya, diceritakan raja merong mahawangsa mempunyai 4 org anak.

Anak pertama menjadi raja siam pertama. Adakah benar, itu sebenarnya adalah masalah org thai untuk menyelesaikannya haha. Bg aku, aku tetap akan kaji jika diperlukan suatu masa yang sesuai nanti.

Anak kedua membuka kerajaan gangga negara. Itu akan kuceritakan nnt pada tajuk kerajaan gangga negara.

Anak ketiga seorang puteri menjadi raja patani ataupun membuka patani.

Dan anak keempat mewarisi takhta kedah.

Dan dapat kita lihat kesemua tempat2 ini ialah jajahan langkasuka. Make sense.

(Sekali tengok macam berunsurkan kemelayuan silam, berkemban dan memakai dokoh, tapi rupanya ialah sebuah kisah tentang permaisuri siam sekitar abad ke 16 dalam filem legend of suriyothai. benarkah dakwaan hikayat merong mahawangsa, raja pertama siam berasal dari susun galur melayu?)


Untuk mengaitkan langkasuka dgn patani pun sudah tidak menjadi masalah jika kita bersumberkan hikayat merong mahawangsa.

Apakah yang berlaku kepada langkasuka selepas abad pertama. Maka ada 4 juga cerita berlainan di sini iaitu siam, gangga negara, patani dan juga kedah. Namun buat masa ni aku cuma tumpukan kepada 2 dahulu iaitu patani dan kedah.

Pattani

Terdapat beberapa versi tentang asal nama pattani. Tapi 2 yang aku suka kaitkan ialah yang pertama merujuk kepada bahasa Melayu "pantai ini". Yang kedua ialah dari Pathini, nama anak ke3 merong mahawangsa iaitu Raja Puteri Pathini.

Selepas raja puteri menjadi raja pertama pattani, tidak diketahui (lagi) siapa raja selepas raja puteri sehinggalah zaman kesultanan pattani (kerajaan islam pattani) iaitu bermula dengan Raja Phaya Tu Nakpa (Sultan Ismail Shah) pada awal kurun ke 16 iaitu di mana Portugis sudah pun menyerang Melaka. Sebelum zaman ini, pattani dirujuk sbg langkasuka secara amnya. Raja Hijau binti Sultan Bahdur Shah ialah Raja ke 5 selepas Sultan Ismail Shah, baginda memerintah pada 1584, kerana Sultan Bahdur Shah tiada pewaris lelaki. Adik beradik raja hijau ialah raja biru dan raja ungu juga ialah perempuan.

Semasa zaman raja perempuan inilah juga zaman kegemilangan Pattani di mana pada waktu ini kewibawaan Raja2 pelangi ini terserlah di mana Pattani pernah berperang dgn Siam untuk membebaskan ligor dari cengkaman siam. 2 buah kapal siam dirampas bersama 2 org Belanda. Namun 2 org belanda dilaporkan hilang menyebabkan belanda memihak pada siam dan akhirnya menyebabkan peperangan2 besar antara siam dan pattani dan salah satunya apabila siam menyerang pattani dgn 60000 org tentera pada 1634 (zaman pemerintahan raja ungu). Serangan itu berjaya ditundukkan pattani.

Sebelum itu pula siam pernah 2 kali menyerang pattani juga gagal dikatakan kerana kekuatan 3 meriam diraja dan 2 diantaranya sri negara dan sri patani; meriam yg terbesar di asia tenggara. Ketiga2 meriam ini ialah ciptaan seorang cina islam yg digelar tok kayam atas titah raja biru.

(Bedilan meriam sri patani semasa melawan lanun dalam filem queens of langkasuka)


Raja ungu berkahwin dgn sultan pahang abdul ghafur untuk menguatkan hubungan antara 2 kerajaan ini dan dikurniakan seorang cahaya mata, raja kuning yang memerintah pattani setelah kemangkatan raja ungu. Hubungan 2 kerajaan ini berhasil kerana serangan2 siam dan musuh2 yg lain selepas itu berjaya dipatahkan dan pattani kekal kerajaan berdaulat dan merdeka sehinggalah akhir abad ke 18. Pada masa ini melaka sudah 200 tahun dijajah.


(Pertunangan raja ungu dan sultan abdul ghafur yang digambarkan dalam filem queens of langkasuka)


Tidak bermakna rasanya tulisan aku ini sekiranya tiada komen tentang filem queens of langkasuka selepas membaca sejarah pattani. Ya benar filem ini memberi impak besar terhadap aku selepas mengetahui daerah tu sebuah kerajaan melayu yg hebat. Tapi setelah membaca lebih mendalam, filem itu nampaknya kelihatan sgt kecil jika dibandingkan dengan kisahnya yg sebenar yang lebih dahsyat. Ini semua gara2 filem ini dibuat di thailand, maka cerita itu hanya menceritakan kisah raja2 pelangi melawan lanun beserta tokok2 tambah yg tiada kena mengena dgn sejarah spt raja rawai, ilmu hitam dan sbgnya, bukannya kehebatan melawan siam gara2 untuk mengelakkan filem ini tidak dpt diterima org2 thailand. Sayang skali, sungguh sayang skali T.T

Kedah

Agak sukar sebenarnya untuk mencantumkan puzzle kedah. Aku akan ceritakan kenapa.

Kita tahu Kedah dibuka oleh raja merong mahawangsa. Kita lihat pula susun atur raja2 kedah selepas merong mahawangsa.

1. Raja seri mahawangsa, putera bongsu merong mahawangsa.

2. Raja seri maha inderawangsa, putera raja seri mahawangsa. Bagi sesiapa yang tahu kisah raja bersiong, raja yang makan darah tu, bagindalah orangnya.

3. Raja phra ong mahapudisat, putera raja bersiong.

4. Raja phra ong mahawangsa. Putera raja phra ong mahapudisat. Dipercayai bagindalah yang memasuki islam dan bermulanya era kesultanan kedah pada tahun 1136 dan memakai gelaran sultan mudzafar syah I.

Daripada sini ada satu perkara pelik siapa perasan?

Ya... jika diperhatikan betul2, mana mungkin dalam masa 1000 tahun, cuma ada 5 org raja.Adakah setiap raja mempunyai umur 200 tahun ke atas? 100 tahun logik lagi. Jadi pada aku Raja phra ong mahawangsa bukanlah sultan muzafar syah I.

(Raja bersiong, filem tahun 1968)


Ada satu sumber lain yang menyatakan tentang Raja bhagadata yang berhubung dgn china pada tahun 511. Adakah baginda raja phra ong mahawangsa? Tiada bukti2 yang pasti.

Terdapat satu lg sumber yang menyatakan pada tahun sekitar 630, seorang raja dari gemeron, persia yang beragama hindu bernama Dubaraja I sedang mengalami kekalahan dan peperangan dan melarikan diri. Ribut yang melanda pada masa baginda berlayar akhirnya membawa baginda ke kedah dan dijumpai orang2 kedah.

Orang2 kedah mendapati dubaraja I ialah seorang yang bijaksana dan akhirnya melantik baginda sebagai maharaja kedah. Cerita yang agak pelik, namun bagi aku okeyla juga sumber ni untuk kesinambungan kepada kerajaan kedah. Tidak diketahui apakah yang berlaku kepada generasi merong mahawangsa, dan adakah kedah sudah tidak mempunyai raja sehinggakan melantik orang lain sbg raja. Ini juga bermakna, salah silah keturunan kedah sekarang ini bukanlah daripada merong mahawangsa seperti yang digembar gemburkan. Namun salah silah dpd iskandar agung masih lagi berkemungkinan kerana kalau tak silap, persia juga pernah menjadi salah satu takluk macedonia.

Salah silah dubaraja I berterusan sehinggalah kepada zaman maharaja dubaraja II yang akhirnya memeluk islam pada 1136 dan dikenali sbg sultan mudzafar shah I, sultan kedah yang pertama memeluk islam dan salah silahnya berterusan sehingga ke hari ini. Yang peliknya di sini, orang2 siam merujuknya sbg phra ong mahawangsa, seperti raja dari salah silah merong mahawangsa tadi. (Usah biarkan hidup anda diselubungi misteri...)

Kita teruskan dengan tajuk seterusnya...

Queens of Pattani

(Raja hijau, raja biru, dan raja ungu; lambang kemegahan wanita melayu. Sayangnya difilemkan oleh orang thailand)

Bagaikan pucuk yang aku cita, ulam yang aku dapat.

Bagi seorang yang baru nak berjinak2 dengan sejarah melayu, tambahan pula memang niat di hati nak mengkaji penipuan sejarah melayu, filem ini muncul tepat pada masanya.

Bagi aku, dengan kedatangan filem ini kajian aku bagaikan telah dibuktikan sebab akutak rasa yang orang thailand nak menipu tentang kehebatan orang melayu. Nak buat apa? Lainlah di malaysia yang banyak agenda politiknya yang tersendiri.

Selain penampakkan senjata api dalam filem ini, filem ini memberi impak yang besar kepada diri aku sebagai orang melayu. Sebab apa? Sebab aku sangat bangga kerana ada satu negara yang diperintah oleh perempuan melayu sebagai ketuanya! Dan kewibawaan raja hijau sangat terserlah dalam kisah ini. Bagi aku maklumat ini sangat2 menarik. Sepanjang aku belajar sejarah, tidak pernah aku fikir ada negeri yang diperintah oleh raja perempuan melayu.

(Cantik sekali takhta kesultanan pattani yang digambarkan dalam filem queen of langkasuka)


(Lokasi patani pada waktu sekarang)


Sebab itu setelah mengkaji serba sedikit tentang langkasuka, tanpa aku tunggu2 terus aku merentas masa ke zaman kesultanan patani untuk melihat tentang kerajaan ini disamping berharap garis masa zamannya tidak lari jauh dan ada kaitan dgn kesultanan melayu melaka demi membuktikan kerajaan melayu melaka sudah hebat empayarnya.

Menurut hikayat merong mahawangsa, raja hindu merong mahawangsa mempunyai 3 orang putera dan seorang puteri iaitu:

1) Raja merong mahapudisat. Dikatakan menjadi raja siam pertama. Kesahihannya aku belum kaji lagi pada waktu ini.

2) Raja ganjil sarjuna. Pengasas kerajaan gangga negara. 

3) Raja puteri. Ditabal menjadi raja patani pertama.

4) Raja seri mahawangsa. Meneruskan kerajaan kedah lama.

Berdasarkan hikayat itu, raja puteri sangat menarik perhatian aku. Hipothesis ataupun tekaan awal aku, kerajaan patani diwarisi oleh perempuan sehingglah pertabalan raja hijau, biru, ungu dan akhirnya kuning kerana mneruskan tradisi raja perempuan. Tapi jangkaan itu meleset. 

Tidak byk yg dapt dijumpai tentang kerajaan hindu pattani semasa kurun 1 hingga 10 melainkan pattani merupakan salah sebuah takluk langkasuka dan mempunyai kaitan dgn kerajaan pan pan yang merangkumi kelantan dan terengganu. Tapi menurut teori aku sendiri, pan pan, kelantan, dann terengganu serta patani itu sendiri ialah pan pan. Maksudnya pan pan dn pattani ialah sama pada waktu itu sebelum berpecah menjadi pattani, kelantan dan terengganu. Namun itu semua hanyalah teori sahaja melalui pengetahuan yg masih cetek ini.

(Kerajaan pan pan)


Seperti yg telah diketahui semasa merentas masa ke zaman langkasuka, pattani juga menjadi pusat perdagangan yang penting kepada china dan india. Namun diceritakan pada abad ke11, langkasuka diserang oleh kerajaan chola dan pada masa itu aktiviti perdagangan terjejas. Dan setrusnya menjadi sebahagian dpd takluk srivijaya.

Pada kurun ke 14 pula kerajaan patani berjaya ditakluk oleh kerajaan siam sukhotai dan akhirnya menjadi salah sebuah jajahan kerajaan siam ayuthaya.

Setetusnya pada abad ke 15, kerajaan melayu melaka berjaya meluaskan wilayahnya sehingga ke pattani dan merampas kembali sebuah kerajaan melayu dpd jajahan siam. Pada waktu ini aku sudah xcited dan berharapan zaman raja hijau jatuh pada waktu ini.

(Gambaran tembok besar pattani semasa pemerintahan raja hijau dalam filem queens of langkasuka)


Tapi sayang, raja hijau Memerintah bermula tahun 1584, iaitu 73 tahun selepas melaka diserang potugis di mana agak logik kalau patani sudah memiliki senjata api pada waktu itu. Raja patani yg pertama memeluk islam juga ialah setelah melaka diserang portugis. Agak hampa pada waktu ini kerana untuk mengaitkan sejarah pembuatan 3 meriam bersejarah di patani tidak dapat dikaitkan dgn garis masa kesultanan melayu melaka.

(Kewibawaan dan keanggunan raja hijau)

(Raja biru dan raja ungu berbaju kurung)



Namun, itu tidak menghentikan aku untuk terus mengkaji kerana masih byk lagi garis masa serta kerajaan2 yang belum kita lawati.

Persoalan2 yang terdapat semasa merentas masa kerajaan patani ialah:

1) Siapakah pula kerajaan chola dan kenapa langkasuka menjadi takluk sriwijaya?

2) Apa itu kerajaan gangga negara dan di manakah letaknya?

3) Kerajaan pan pan?

4) sahihkah maklumat2 yg diberikan hikayat merong mahawangsa tentang raja siam yg pertama bermula dari kedah? Adakah siam juga warisan melayu hindu buddha?

Kita bersambung ke tajuk seterusnya...

Langkasuka


Tidak tahu nak bermula dari mana, tarikh apakah yang menjadi permulaan kepada peradaban melayu mula menjadi persoalan.

Dua nama kerajaan yang tidak asing lagi pada aku yang masih aku igt2 lagi waktu belajar sejarah dulu ialah srivijaya dan majapahit.

Selain dua kerajaan ini, yang aku tahu ada satu lagi kerajaan yang konfom ialah kerajaan melayu iaitu langkasuka Itupun sebab tgk filem hikayat merong mahawangsa. Dan dikatakan pula langkasuka ialah lebih awal dpd srivijaya dan majapahit. Jadi distula aku mula terasa sikit bangga sbb orang indonesia selalu berbalah dgn org melayu sbb kata org melayu berasal dari indonesia sbb parameswara tu orang indonesia yang lari dari palembang ke melaka. Ntah2 org langkasuka yang pergi ke indonesia dulu sebab mengikut teori perpindahan manusia, manusia bergerak dari dataran ke pulau, bukan sebaliknya.

Jadi bila aku dapat tahu kerajaan melayu lagi awal dpd indonesia, sedap rasa hati aku yg infioriti terhadap bangsa melayu. Cuma yang menjadi persoalan, macamana parameswara dtg kat semenanjung, tiba2 jadi raja pula kat situ?

Aku biarkan dulu persoalan itu utk membcaca tentang langkasuka.

Antara catatan terawal tentang langkasuka datangnya dari catatan dari dinasti Liang di cina yang sedikit sebanyak membuktikan langkasuka dibuka pada abad pertama. Dalam kepala aku untuk mendapatkan gambaran jelas, mungkin langkasuka diasaskan beberapa puluh tahun selepas kelahiran Nabi Isa a.s. Jadi ada benarnya hikayat merong mahawangsa tentang kedatangan roman kerana baitulmaqdis pada waktu itu sudah pon didatangi org roman. macedonia, adik beradik rom juga sebelum masihi lg da pernah sampai sehingga ke utara india. Dalam catatan ini juga dikatakan pusat pemerintahan langkasuka dikelilingi oleh tembok batu, mempunyai pintu gerbang, menara, dan astaka2. Jadi, wow kata aku. Kalau kerajaan yang 1000 tahun lagi awal dpd melaka ada tembok2, gerbang dan sebagainya, xkan orang melayu pada kurun ke15 xde batu. Apa yang berlaku?

(Orang2 roman dan yahudi semasa kurun pertama yang digambarkan dalam filem passion of christ, orang2 roman ini jugalah tidak jauh selang masanya dengan peristiwa merong mahawangsa. Zaman ini di sana sudah adabaju zirah dan bangunan batu)


Antara yang menarik lagi tentang langkasuka, hubungan dengan kerajaan cina terjalin beratus2 tahun lamanya. Ini tidak begitu sukar diterima kerana dalam hikayat merong mahawangsa hubungan 2 kerajaan ini terbina sejak awal lagi cuma apa yg bermain di fikiran aku, kenapa melayu dgn cina skrg bergaduh sdgkan hubungan melayu dgn cina sudah mencapai usia 2000 tahun lamanya. Angkara siapalah ini kan?

Selain itu, hikayat merong mahawangsa juga mengatakan Merong ialah keturunan iskandar agung dari macedonia. Gulp? Dari mana sebenarnya asal usul org melayu ni? Tapi dekat semenanjung sudah memang ada orang duduk. Jadi adakah bermakna orang macedonia menjadi raja melayu. Persoalan ini tidak mungkin terjawab dgn satu tajuk sahaja.

(Iskandar agung beserta jajahan takluk macedonia dalam lingkungan 300 tahun sebelum masihi dalam filem Alexander, juga sudah ada baju zirah, 400 tahun sbelum langkasuka)


Agama2 penduduk langkasuka ialah agama hindu. Yang ni memang aku tergelak kerana org melayu sakarang berlagak konon2nya islam sejak dulu kala lagi sampai kdg2 berlebihan sampai tidak menghormati agama2 lain terutamanya hindu dan buddha. Padahal itulah kepercayaan lama masyarakat melayu.

Kerajaan langkasuka akhirnya menjadi sbahagian dpd takluk srivijaya pada kurun ke 12 dan pada kurun ke 15 beralih kepada kesultanan Patani; tempat berlaku cerita Queens of Langkasuka.

Bagaimana bertukarnya pusat pemerintahan dari kedah kepada patani, tiada bukti yang jelas, dan pada waktu ini tiada lagi Teori yg bermain di minda aku. Cuma bagi aku tidaklah begitu mengujakan kerana jika melihat peta langkasuka di atas, patani dari awal lagi sebahagian dpd langkasuka malah dalam hikayat merong mahawangsa, anak ke3 merong iaitu raja puteri ditugaskan untuk menjaga patani. Bagi aku tidak mustahil langkasuska mempunyai 2 tmpat perdagangan iaitu di kedah dan juga patani.

(orang2 melayu di semenanjung melayu pada awal abad pertama mengikut gambaran Kru Studios)


Jadi kesimpulannya, pada misi rentasan masa yang pertama ini beberapa persoalan yang dibangkitkan ialah:

1) asal usul melayu masih menjadi persoalan

2) bukti awal sudah menunjukkan sebuah pusat pemerintahan melayu yang mempunyai tembok dan binaan yang agak maju utk waktu itu, takkan 1000 tahun kemudian di melaka orang melayu tidak tahu membina tembok dpd batu?

3) bagaimana kerajaan ini jatuh ke tangan srivijaya

4) bila pulak bahagian2 utara langkasuka menjadi thailand? Apa yang berlaku?

5) jika orang melayu pernah berhubung dengan roman dan china yang sudah maju siap dgn pakaian2 zirah, takkan 1000 tahun kemudian orang2 melaka berperang berbaju melayu sahaja?

Kita bersambung ke tajuk seterusnya...


Permulaan Sebuah Epik Merentas Masa


Terbikinnya blog ini adalah untuk membawa anda bersama2 kita ke masa lampau untuk sama2 melihat sendiri kehebatan, kewibawaan, dan keindahan sebuah bangsa yang dipanggil Melayu. Satu persatu akan saya cuba tunjukkan kepada anda semua bukan sahaja melalui teori semata2, malah melalui garis masa, logik, dan insyaallah sekali dgn bukti catatan yang ada. Saya bukanlah seorang graduan ijazah sejarah ke arkeologi ke atau theologi ke, namun saya percaya itulah yang memudahkan anda untuk sama2 menerima apa yg saya bakal tunjukkan melalui mesin masa penulisan saya ini.

Sama seperti kebanyakkan orang Melayu, pada masa dahulu saya seorang yang mempunyai infiority complex dgn bangsa sendiri. Sejak dari kecil lagi kita disuap dgn kisah2 kesultanan melayu melaka sekurang2nya, bagaimana adatnya, bagaimana sultannya, bagaimana hubungan luar dgn china india arab dan sebagainya. Tidak cukup dgn sumber bertulis, diserta juga dgn gambar2 dan lakaran2 yang sedikit sebanyak dapatlah kita gambarkan bagaimana keadaannya Melayu semasa kurun ke 15 itu.

Selain itu, keadaan yg sama digambarkan dgn movie2 tidak kiralah dari zaman p.ramlee sehinggalah pada zaman sekarang, dan gambaran itu tidak lari jauh dari apa yg kita diajar sejak kecil. Pembinaan replika istana melaka juga jelas menunjukkan keadaan yang sama, Melayu ialah sebuah kaum yang inferior dari segala segi jika dibandingkan dengan peradaban2 dunia yang lain yang sudah pun maju pada ketika itu.

(Gambaran Bandar Melaka pada abad ke 15 dalam filem Puteri Gunung Ledang yang merupakan sebuah perkampungan yang mempunyai istana! Di sinilah juga pusat perdagangannya)

(Replika istana melaka yang diperbuat dpd bahan2 alam semulajadi)



Minta maaf sekiranya saya mungkin berceloteh panjang untuk mukaddimah ini kerana saya ingin pembaca bersama2 merentasi sedikit demi sedikit berdasarkan apa yang saya telah alami sehingga sedikit demi sedikit saya mula memahami dan menerima yang selama ini, kita semua telah ditipu berkenaan dengan sejarah dan asal usul kita sendiri. Dan saya berharap pembaca pun mengalami pengembaraan yang hebat seperti yang saya alami lewat ini.

Seperti juga rakyat2 melayu yang lain di malaysia, tidak banyak malah mungkin tidak ada apa pun yang saya tahu tentang asal usul melayu ini pada mulanya. Subjek sejarah di sekolah antara subjek yang paling tidak diminati kerana tidak ada apa yang menarik. Tapi ironinya, luar dpd sekolah dan aktiviti akademik, saya memang suka membaca tentang tamadun2 lain especially mesir purba, mitos greek, dan budaya jepun sehinggakan nama dewa dewi dan tugas2 mereka pun saya hafal sampai sekarang. Sehingga jika menonton filem2 dan siri yang melibatkan tamadun berikut. Saya seolah2 bagaikan seorang ahli arkeologi dan theologi semasa mengkritik cerita2 tersebut. Begitu kagumnya saya dengan tamadun2 mereka.

Segalanya berubah pada satu hari, semasa saya entah macamana terjumpa video di youtube berkaitan penipuan sejarah melayu. Video itu betul2 menyentuh perasaan saya walaupun cuma dihiasi perkataan2 yang banyak dan gambar2 statik sahaja. Dalam video tersebut dipersoalkan, mana mungkin melaka sebuah empayar yang besar malah kaya, jadi tempat yang menghubungkan dunia timur dan barat serta pusat perdagangan yang besar tidak tahu tentang kewujudan senjata api yang menjadi satu teknologi yang semakin berkembang pada abad ke 15. Dalam pengetahuan saya yang cetek pada masa itu, biarpun saya tidak tahu dari mana mungkinnya org melayu mendapat senjata api, tapi sekurang2nya saya tahu melaka pernah berperang dan meluaskan wilayah. Sekiranya mereka berperak hanya menggunakan keris, tombak, dan lembing sahaja, bukankah begitumudah sesiapa sahaja di seluruh dunia, jgn kata potugis, malah china ke arab ke india mungkin siam pun dengan mudah merampas tanah melaka. Tapi kenapa tidak berlaku.

Elok pulak pada masa itu saya terjumpa sebuah movie thailand yang bertajuk queens of langkasuka, di mana pada masa itu orang melayu sudah memakai senapang dan meriam. Cukup utk buat saya tertarik utk mengetahui betulkah yang selama ini kita ditipu. (Pada masa ini, saya tidak tahu movie queens of langkasuka berkisahkan pada beberapa tahun selepas melaka diserang portugis, jadi saya terus mengaitkan movie itu dgn zaman kesultanan melayu melaka, saya rasa ramai juga yang berfikir seperti saya mungkin, tapi tidak mengapa, kerana itulah juga saya antara sebab saya memulakan pengembaraan ini)

Daripada situlah saya memulakan langkah pertama untuk mengetahui lebih mendalam tentang sejarah bangsa saya sendiri, dan benarkah orang melayu pada kurun ke 15 masih inferior, duduk di persekitaran kampung, berperang dengan menggunakan tombak lembingdan keris atau sebenarnya memang kita telah ditipu. Sekiranya kita ditipu, kenapa pula kita ditipi, kenapa mereka menipu, dan apakah logik2nya semua ini terjadi. Insyaallah saya cuba sediakan sebaik mungkin dengan membawa anda merentas masa, satu demi satu.




1 comment:

  1. bego lo semua, melayu itu artinya 'minanga' yang artinya 'menengah' atau sumatra bahagian tengah, melayu pernah dipersatukan oleh empayar Sriwijaya dibawah Dapunta Hyang sri Jayanasa.

    lololol Melayu bukanlah SIam, bodoh kau

    ReplyDelete