Antara penyebab kenapa aku suka merujuk kepada hikayat merong mahawangsa (buku), kerana ia ada memberikan satu garis masa mengikut generasi rajanya. Namun begitu, ada beberapa persoalan yang timbul yang menyukarkan kita untuk mencantumkan puzzle sejarah melayu ini, kita akan bincangkan satu persatu.
Kalau dari filem merong mahawangsa, kita tahu raja merong mahawangsa menamakan negerinya langkasuka. Namun di dalam hikayat merong mahawangsa (buku), secara asasnya menceritakan bagaimana pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa. Yang mana satu agaknya yang betul.
Catatan china dri dinasti liang ada mengatakan tentang langkasuka yang dibina seawal abad pertama seperti yang telah dibincangkan pada 2 tajuk sebelumnya. Namun catatan pada puisi tamil yg ditulis seawal abad kedua ada merujuk kepada kadaram; nama kedah mengikut sebutan orang tamil pada waktu itu. Menurut satu sumber yang lain pula, kerajaan kedah diasaskan oleh Maharaja Derbar Raja dari Gemeron pada tahun 630 (kurun ke 7?). Pulak dah. Mana pulak datang gemeron ni?
Jadi, bilakah sebenarnya nama kedah dan langkasuka ini benar2 muncul. Susahkan nak mencantumkan puzzle sejarah ni, apatah lagi bila sumber2 dari kerajaan itu sendiri tiada, hanya ada catatan2 luar.
Namun pada aku, kalau perkara ini terlampau rumit untuk dicantumkan, cukuplah kita ambil mengikut pemahaman kita selagi tidak lari dpd bukti2 yang ada, sehinggalah bukti yang baru dijumpai yang lebih benar, tak kurang juga yang membidas bukti sebelum ini.
Jadi sebab itu aku katakan tadi aku suka merujuk kepada hikayat merong mahawangsa (buku) kerana ada susunan raja yang boleh dijadikan kayu ukur garis masa. Seperti tajuk sebelumnya, diceritakan raja merong mahawangsa mempunyai 4 org anak.
Anak pertama menjadi raja siam pertama. Adakah benar, itu sebenarnya adalah masalah org thai untuk menyelesaikannya haha. Bg aku, aku tetap akan kaji jika diperlukan suatu masa yang sesuai nanti.
Anak kedua membuka kerajaan gangga negara. Itu akan kuceritakan nnt pada tajuk kerajaan gangga negara.
Anak ketiga seorang puteri menjadi raja patani ataupun membuka patani.
Dan anak keempat mewarisi takhta kedah.
Dan dapat kita lihat kesemua tempat2 ini ialah jajahan langkasuka. Make sense.
(Sekali tengok macam berunsurkan kemelayuan silam, berkemban dan memakai dokoh, tapi rupanya ialah sebuah kisah tentang permaisuri siam sekitar abad ke 16 dalam filem legend of suriyothai. benarkah dakwaan hikayat merong mahawangsa, raja pertama siam berasal dari susun galur melayu?)
Untuk mengaitkan langkasuka dgn patani pun sudah tidak menjadi masalah jika kita bersumberkan hikayat merong mahawangsa.
Apakah yang berlaku kepada langkasuka selepas abad pertama. Maka ada 4 juga cerita berlainan di sini iaitu siam, gangga negara, patani dan juga kedah. Namun buat masa ni aku cuma tumpukan kepada 2 dahulu iaitu patani dan kedah.
Pattani
Terdapat beberapa versi tentang asal nama pattani. Tapi 2 yang aku suka kaitkan ialah yang pertama merujuk kepada bahasa Melayu "pantai ini". Yang kedua ialah dari Pathini, nama anak ke3 merong mahawangsa iaitu Raja Puteri Pathini.
Selepas raja puteri menjadi raja pertama pattani, tidak diketahui (lagi) siapa raja selepas raja puteri sehinggalah zaman kesultanan pattani (kerajaan islam pattani) iaitu bermula dengan Raja Phaya Tu Nakpa (Sultan Ismail Shah) pada awal kurun ke 16 iaitu di mana Portugis sudah pun menyerang Melaka. Sebelum zaman ini, pattani dirujuk sbg langkasuka secara amnya. Raja Hijau binti Sultan Bahdur Shah ialah Raja ke 5 selepas Sultan Ismail Shah, baginda memerintah pada 1584, kerana Sultan Bahdur Shah tiada pewaris lelaki. Adik beradik raja hijau ialah raja biru dan raja ungu juga ialah perempuan.
Semasa zaman raja perempuan inilah juga zaman kegemilangan Pattani di mana pada waktu ini kewibawaan Raja2 pelangi ini terserlah di mana Pattani pernah berperang dgn Siam untuk membebaskan ligor dari cengkaman siam. 2 buah kapal siam dirampas bersama 2 org Belanda. Namun 2 org belanda dilaporkan hilang menyebabkan belanda memihak pada siam dan akhirnya menyebabkan peperangan2 besar antara siam dan pattani dan salah satunya apabila siam menyerang pattani dgn 60000 org tentera pada 1634 (zaman pemerintahan raja ungu). Serangan itu berjaya ditundukkan pattani.
Sebelum itu pula siam pernah 2 kali menyerang pattani juga gagal dikatakan kerana kekuatan 3 meriam diraja dan 2 diantaranya sri negara dan sri patani; meriam yg terbesar di asia tenggara. Ketiga2 meriam ini ialah ciptaan seorang cina islam yg digelar tok kayam atas titah raja biru.
(Bedilan meriam sri patani semasa melawan lanun dalam filem queens of langkasuka)
Raja ungu berkahwin dgn sultan pahang abdul ghafur untuk menguatkan hubungan antara 2 kerajaan ini dan dikurniakan seorang cahaya mata, raja kuning yang memerintah pattani setelah kemangkatan raja ungu. Hubungan 2 kerajaan ini berhasil kerana serangan2 siam dan musuh2 yg lain selepas itu berjaya dipatahkan dan pattani kekal kerajaan berdaulat dan merdeka sehinggalah akhir abad ke 18. Pada masa ini melaka sudah 200 tahun dijajah.
(Pertunangan raja ungu dan sultan abdul ghafur yang digambarkan dalam filem queens of langkasuka)
Tidak bermakna rasanya tulisan aku ini sekiranya tiada komen tentang filem queens of langkasuka selepas membaca sejarah pattani. Ya benar filem ini memberi impak besar terhadap aku selepas mengetahui daerah tu sebuah kerajaan melayu yg hebat. Tapi setelah membaca lebih mendalam, filem itu nampaknya kelihatan sgt kecil jika dibandingkan dengan kisahnya yg sebenar yang lebih dahsyat. Ini semua gara2 filem ini dibuat di thailand, maka cerita itu hanya menceritakan kisah raja2 pelangi melawan lanun beserta tokok2 tambah yg tiada kena mengena dgn sejarah spt raja rawai, ilmu hitam dan sbgnya, bukannya kehebatan melawan siam gara2 untuk mengelakkan filem ini tidak dpt diterima org2 thailand. Sayang skali, sungguh sayang skali T.T
Kedah
Agak sukar sebenarnya untuk mencantumkan puzzle kedah. Aku akan ceritakan kenapa.
Kita tahu Kedah dibuka oleh raja merong mahawangsa. Kita lihat pula susun atur raja2 kedah selepas merong mahawangsa.
1. Raja seri mahawangsa, putera bongsu merong mahawangsa.
2. Raja seri maha inderawangsa, putera raja seri mahawangsa. Bagi sesiapa yang tahu kisah raja bersiong, raja yang makan darah tu, bagindalah orangnya.
3. Raja phra ong mahapudisat, putera raja bersiong.
4. Raja phra ong mahawangsa. Putera raja phra ong mahapudisat. Dipercayai bagindalah yang memasuki islam dan bermulanya era kesultanan kedah pada tahun 1136 dan memakai gelaran sultan mudzafar syah I.
Daripada sini ada satu perkara pelik siapa perasan?
Ya... jika diperhatikan betul2, mana mungkin dalam masa 1000 tahun, cuma ada 5 org raja.Adakah setiap raja mempunyai umur 200 tahun ke atas? 100 tahun logik lagi. Jadi pada aku Raja phra ong mahawangsa bukanlah sultan muzafar syah I.
(Raja bersiong, filem tahun 1968)
Ada satu sumber lain yang menyatakan tentang Raja bhagadata yang berhubung dgn china pada tahun 511. Adakah baginda raja phra ong mahawangsa? Tiada bukti2 yang pasti.
Terdapat satu lg sumber yang menyatakan pada tahun sekitar 630, seorang raja dari gemeron, persia yang beragama hindu bernama Dubaraja I sedang mengalami kekalahan dan peperangan dan melarikan diri. Ribut yang melanda pada masa baginda berlayar akhirnya membawa baginda ke kedah dan dijumpai orang2 kedah.
Orang2 kedah mendapati dubaraja I ialah seorang yang bijaksana dan akhirnya melantik baginda sebagai maharaja kedah. Cerita yang agak pelik, namun bagi aku okeyla juga sumber ni untuk kesinambungan kepada kerajaan kedah. Tidak diketahui apakah yang berlaku kepada generasi merong mahawangsa, dan adakah kedah sudah tidak mempunyai raja sehinggakan melantik orang lain sbg raja. Ini juga bermakna, salah silah keturunan kedah sekarang ini bukanlah daripada merong mahawangsa seperti yang digembar gemburkan. Namun salah silah dpd iskandar agung masih lagi berkemungkinan kerana kalau tak silap, persia juga pernah menjadi salah satu takluk macedonia.
Salah silah dubaraja I berterusan sehinggalah kepada zaman maharaja dubaraja II yang akhirnya memeluk islam pada 1136 dan dikenali sbg sultan mudzafar shah I, sultan kedah yang pertama memeluk islam dan salah silahnya berterusan sehingga ke hari ini. Yang peliknya di sini, orang2 siam merujuknya sbg phra ong mahawangsa, seperti raja dari salah silah merong mahawangsa tadi. (Usah biarkan hidup anda diselubungi misteri...)
Kita teruskan dengan tajuk seterusnya...